ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Ogos 2021.

1. Muhyiddin akan letak jawatan esok?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok? Walaupun ini masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negara, namun, laporan portal Malaysiakini memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof sebagai berkata 'peletakan jawatan Muhyiddin akan diumumkan pada Isnin'.

2. Pekerja sektor pembuatan diwajibkan jalani ujian RTK Antigen setiap dua minggu - MITI

Syarikat-syarikat sektor pembuatan yang tidak disenaraikan dalam sektor perkhidmatan perlu di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2 dibenarkan beroperasi pada kadar kapasiti berdasarkan tahap peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap.

3. Fasa 1 PPN: Kerajaan setuju buka 11 sektor ekonomi mulai 16 Ogos

Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini.

4. Insiden tembakan TUDM: Jenazah Koperal Udara Sharif selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Siniawan Seberang, Bau, kira-kira 10.30 pagi tadi.

5. COVID-19: Penurunan kes Kategori 3 hingga 5 petunjuk kejayaan PICK - PM Muhyiddin

Beberapa perkembangan positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri telah mula dilihat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

6. Ismail Sabri, Hamzah Zainudin hadir mesyuarat tergempar - Laporan

Di sebalik desas-desus Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok, beberapa pemimpin kanan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di ibu negara.

7. 20,546 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 7,307 kes

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kepada 1,404,899 kes.

8. Krisis Afghanistan: Taliban mula memasuki Kabul

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Afghanistan hanya beberapa jam selepas Taliban menguasai bandar penting Jalalabad.

9. Pemandu maut MPV rempuh plaza tol

Mangsa lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan selepas tersepit di dalam MPV berkenaan.

10. Pembukaan semula sekolah secara berperingkat ditangguh ke 3 Oktober - Radzi Jidin

Sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya kembali dibuka 1 September, ditangguhkan ke 3 Oktober depan.